Thursday, February 7, 2013

Just be creative: Fancy Cookies recipe


Recipe by Sara O'donnel

Bahan-bahan:
Mentega 3/4 cawan (1 1/2 batang)
3/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 sudu kecil vanila
1 biji telur besar
2 cawan tepung serbaguna

Aising / Glaze untuk sedozen gula icing:
1/2 cawan gula aising
1 sudu besar jus lemon (ditambah beberapa titik jika diperlukan untuk konsisten)
2 biji putih telur
beberapa titis pewarna

Dekorasi / Peralatan Lain-lain:
sprinkles
coklat cair
penekap acuan cookie (pelbagai bentuk)
pengguli doh

doh biskut:

Dalam pengadun elektrik, masukkan krim mentega dan tambah gula dan garam. Kemudian tambah vanilla dan telur. Tambah tepung dan gaul. Doh akan menjadi melekit seperti play doh. Gaul doh sehingga sebati. Tutup dan rehatkan doh untuk 1/2 jam dalam freeze atau 1 jam di dalam fridge.

Cara membuat biskut:

Tebar tepung menggunakan pengguli. Jika tepung kurang, doh biskut anda lebih halus dan nipis. Letakkan doh di atas papan, tebarkan doh 1/4inci tebal. Potong doh mengikut bentuk acuan tekap. Letakkan cookie pada dulang pembakar.

NOTA: Jika menggunakan gula berwarna, taburkan dengan gula sebelum dibakar. Bakar dalam ketuhar bersuhu 325 (f) selama 13 minit. Cookies akan sedikit keemasan di bahagian bawah. Sejukkan sebelum meletak royal aising.

Cara membuat royal icing:
  • Campurkan putih telur dan jus lemon. kemudian masukkan gula aising dalam 2 sudu. pukul guna mixer.
  • Kalau nak kepekatan tinggi, utk pipe bunga2 guna piping, masukkan gula aising sikit demi sikit, sampai peringkat stiff peaks (meringue).
  • Kalau nak yang cair sikit hanya utk sapu atas cookies, tambahkan air setitik demi setitik sambil kacau, hingga dapat kepekatan yang diinginkan. 
  • Royal icing mengikut kuantiti gula, ikut keinginan nak kepekatan macam mana, dan kepekatan tu bergantung pada macam mana kita nak decorate cookies tu. 
  • Kalau setakat sapu, sepatutnya kena cair. kalau nak pipe macam orang pipe buttercream tu, kena pekat. Royal icing cepat mengeras, so tutup dengan kain lembab.

Style 1:


Style 2:


6 comments: