Saturday, January 19, 2013

Terapi ion (rendam kaki) sangat bagus!

Assalamualaikum
Hi korang, harini aku nak share tentang terapi ion elektrik. First time aku buat mase awal Disember 2012, Sekarang dah 7x aku buat alhamdulilah sakit2 kaki n lenguh dah hilang. Rawatan cuma setengah jam dan digalakkan buat sehingga 12x. Bayaran yang sangat murah, sebanyak RM10. Ini bagi aku sangat ohsemmm sebab kalau korang pakai yang tampal2 kaki tu effect dye dpt 8jam kemudian dan sikit sangat keluar toksiknye bagi aku memang tak puas. Kalau nak dibandingkan dengan terapi ion sangatlah banyak!!
Tak percaya?? Korang tengok la perbezaan kaki kat bawah ni 


Mesti korang geli kan, haa tula yang ade kat badan kite hasil daripada ape yang kita makan selama berpuluh tahun. Gambar diatas ni sudah 7x rawatan, alhamdulilah makin berkurangan. Aku ade masalah perjalanan darah dan sakit2 pinggang. Kali pertama hingga kali ke5, bekas dalam tu merah je banyak sangat darah beku. Cer tengok gambar bawah ni, tak silap aku time ni kali ke4



Macam mane ion elektrod ni berfungsi? 
Sistem terapi pembersih ion menghasilkan ion-ion positif dan negatif di dalam air yang mengalir di dalam tubuh secara automatik dan mencipta keseimbangan dengan memecah, mengeluarkan toksin, bahan buangan metabolisma dari tubuh melalui liang-liang di telapak kaki. perubahan warna ionisasi membuktikan pengeluaran pembuangan toksin, zat-zat partikel dari bahagian tubuh.


Kat mane?
Pusat Terapi Rendam
Lot 110 Jalan Utama / Jalan 2, 
Kg melayu subang tambahan,
selangor darul ehsan.
waktu rawatan: 9.00 - 11.00 malam

Aku suke pergi buat rawatan kat sini sebab tempatnye private dan profesional, ownernye seorang ustaz. Korang akan dilayan dengan baik, diberi air assyifa' semasa menjalani rawatan, takyah la rase malu untuk berubat.


Khasiat dan kelebihan terapi
  • menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit
  • memperbaiki fungsi buah pinggang, hati dan jantung
  • melancarkan perjalanan darah
  • membuang lemak dan mengurangkan berat badan
  • mengurangkan sakit sendi, otot dan migrain
  • memulihkan gout, diabetis dan menurunkan paras kolesterol
  • meningkatkan daya ingatan, tenaga dan semangat
  • mengatasi masalah susah tidur
  • menguatkan tenaga batin
  • menghilangkan bau kaki, bau badan dan gatal-gatal
  • mengurangkan perut kembung, gastrik, strok dan perut buncit
  • mengatasi masalah yang bergantung kepada ubat


Perubahan warna air setelah terapi
  • kuning kehijauan : toksin dari ginjal, pundi dan saluran kencing
  • kuning kemerahan : toksin dari sendi atau gout
  • kuning berminyak : kolesterol
  • coklat kelabu : toksin dari hati, pundi hempedu
  • hijau tua : toksin dari hati hempedu
  • buih putih lendir : dari kelenjar limpa
  • buih gelembung : asid toksin, gastrik, perut kembung
  • ketulan putih : tulang rapuh / osteoporosis
  • warna hitam : logam berat / nikotin / ubat
  • warna merah : ketulan darah beku


2 comments: