Friday, February 8, 2013

Recipe: Meatball ala IKEA


Meatball Ala IKEA 

250-300gm Daging Cincang 
2 ulas Bawang putih
Sebiji bawang besar dicincang sgt halus
Bread crumb ¾ cwn + susu segar (rendam sampai kembang)
1/3 cawan tepung gandum 
2 biji telur di pukul
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
1 sudu kecil allspice
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar, bread crumb, lada hitam dan lada sulah, tepung gandum, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. Sedia untuk bulatkan meatball. 
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun boleh.

Untuk sos hollandaise mushroom :

1 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1/2 tomato besar di potong dadu
cendawan butang dihiris nipis
1 1/2 cawan air sejuk *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*

Cara-caranya: 
1. Tumis bawang besar dengan sedikit minyak api yang kecil.
2. Masukkan tomato, tumis sehingga layu.
3. Masuk cendawan butang dan gaul separuh masak dan sehingga sebati. Ketepikan. 
4. Cairkan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
5. Kemudian, masukkan bahan tumis tadi *bawang,tomato & cendawan.
6. Masukkan semua bahan2 yang bertanda *, kacau sebati hingga mendidih.

Untuk sayuran:
Carrot
Brokoli
Dikukus beberapa minit sahaja dan apabila angkat terus rendam seketika dalam air ais.
Tujuannya untuk kerangupan dan kekalkan warna sayuran tersebut. 
Cubitkan sedikit garam untuk rasa.


 :)



No comments:

Post a Comment