Wednesday, March 6, 2013

Jom penuhi impian Anda bersama NMG.Network

Anda mahu Kereta Idaman?
Langsaikan hutang?
Haji & Umrah?
Rumah Idaman?
Pendapatan Lumayan?

Sila klik nmgnetwork.com


Siapa perlu menyertai program ini?

1. Mereka yang tidak ada masa untuk beniaga.
2. Orang yang tidak pandai menaja.
3. Tidak pandai berniaga dan malu berniaga.
4. Golongan yang inginkan wang tambahan.
5. Sesiapa yang hendak wang pencen tanpa perlu menjual dan menaja.

Kenapa bersama kami?

Kami menyediakan program keahlian untuk membantu para ahli agar bebas hutang. Membuka peluang perniagaan kepada seluruh rakyat Malaysia Menjana pendapatan sampingan yang boleh menampung biaya hidup yang semakin meningkat.

 

Ruang Iklan

Setiap penyertaan, ahli akan diberi ruang iklan untuk mengiklankan produk dan perkhimatan mereka, kecuali iklan yang berunsur lucah dan penghasutan, dengan itu ahli akan dapat meningkatkan pendapatan dengan perniagaan yang dimiliki.

 

Mari kita Renungkan.

Apa yang anda boleh dapat dengan RM40? Satu bucket KFC? Empat pinggan nasi goreng USA?... Terlalu kecil nilai RM40. Bukan begitu?...
Bayangkan, jika anda laburkan RM40 dalam projek simple ini, anda berpotensi mendapat RM100,000. TETAPI jika anda abaikan, anda langsung tak dapat apa-apa. Anda tidak akan jadi miskin jika anda keluarkan RM40 sekarang TETAPI anda berpotensi menjadi orang yang berduit jika anda mengeluarkan RM40 untuk projek ini. Jadi sanggupkah anda membiarkan peluang ini? Sanggupkah anda membiarkan peluang yang boleh mengubah hidup anda hanya kerana anda risaukan duit RM40?
Sekarang, cuba pertimbangkan sebab-sebab penting kenapa anda perlu ambil peluang ini..

DENGAN MODAL RM40 SEKALI SAHAJA. ANDA BERPELUANG MENDAPAT SATU SISTEM YANG MAMPU MEMBERI ANDA PENDAPATAN SAMPINGAN, JIKA ANDA GAGAL MENJALANKAN SISTEM INI ANDA MASIH MENDAPAT PROFIT SHARING SEBANYAK RM146.00 DENGAN MODAL RM40 WALAUPUN ANDA DUDUK DIAM TANPA MEMBUAT APA-APA. BAHKAN ANDA DAPAT RUANG IKLAN UNTUK MENINGKATKAN JUALAN ANDA,BAYANGKANLAH.

Daftar di sini --> Klik

atau

Hubungi Penaja Anda

Penaja Anda : Zuliza Kipli

Username

No Telefon

Lokasi

Email


ZULIZA3777
0132974451
Selangor
bestari77@hotmail.com



Resepi: Pizza Homemade


Assalamualaikum..
New resepi uoll's.. Really easy okey. Pejam mata pun boleh (ok,tu tipu)
Dengan bersungguhnye datang umah nyang (onyang) di Bukit Idaman nak belajar buat piza.
Semangat!!!

Bahagi doh kpd 7 bahagian dan tepek2nye dipinggan dan tunggu lagi 1/2jam

#Bakar roti dalam magic pan atas api dapur dalam 5min


Topping
Topping: Daging cincang, sosej, mushroom, crab filament, cheese, nanas, mayonis, cili sos/tomato sos, oregano, ground black pepper
Goreng sekilas tanpa minyak: Daging cincang, sosej, mushroom, crab filament


Decoration
Macam blog kak senduk, meriahuolls. Katenye!


Bake time!
Bakar 175c untuk 15min

Api atas je taw sampai keju tu cair
Ready to eat.

Sunday, February 17, 2013

Resepi: Makaroni salad

Setiap Hidangan:
 Kalori: 286; Lemak: 16.5 gram; Lemak tepu: 3 gram; Protein: 5 gram, karbohidrat Jumlah: 28 gram; Gula: 3 gram; Serat: 1 gram; Kolesterol: 10 miligram; Natrium: 292 miligram

Bahan-bahan:

2 cawan makaroni siku kering, dimasak, dibilas dan toskan
1/4 cawan bawang merah cincang, direndam dalam air sejuk selama 5 minit, toskan
1 sudu besar dicincang rata-daun parsli
1/2 cawan dadu tomato
1/2 cawan mayonis disediakan
1 1/2 sudu teh gula
1 1/2 sudu cuka
3 sudu besar krim masam
1/2 sudu garam, ditambah lebih kepada rasa
Dikisar segar lada hitam

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk besar masukkan makaroni, bawang, parsli dan tomato.
2. Mangkuk kecil, pukul bersama mayonis, gula, cuka, krim masam dan garam.
3. Tuangkan sos ke atas salad dan kacau hingga sebati.
4. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk, sehingga 3 hari.

Resepi: Sushi Homemade



Bahan-Bahan:
1 tin Beras jepun sakura/sumo
1 timun jepun
seaweed
Crab filament
Sosej
Telur - dibuat dadar



Beras Jepun:
1. Basuh beras jepun hanya sekali kemudian sukat air dengan 2 tin.
2. Rendam selama 30min.
3. Tanak nasi sampai masak dalam 20min.
4. Setelah masak, campurkan cuka 2 sudu, garam 1/2sudu dan gula 1 sudu.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dibuat sushi.

* Crab filament dan sosej direbus dahulu kemudian dipotong memanjang.
* Potong timun jepun memanjang.
* Telur dadar digulung dan dipotong kecik.

Soy Sauce:
Kicap cair soya
Kicap manis

Wasabi




Sushi Norimaki (sushi gulung nasi diluar):
Sediakan tikar sushi. Letakkan nasi dulu 1 inch tebal, bentukkan 4segi sama. Guna air untuk tepek2 nasi bagi nipis, letak seaweed di atas nasi sampai tutup permukaan nasi. Kemudian Letak timun jepun, sosej, crab filament dan teleur dadar 2 lapis saja. Gulung dengan berhati2, rapat dan padat supaya isi dalam tidak terkeluar.

Sushi Makizushi (seaweed yang digulung diluar):
Dibuat atas tikar sushi. Letak seaweed dahulu bentukkan 4 segi sama. Jika seaweed anda kecil, ambil air sikit sapu atas seaweed dan gabungkan. Letak nasi 1 inch tebal dan penuhkan atas seaweed tadi. Susun sushi anda dengan timun dan crab filament. Gulung padat2 tetapi setelah gulung nampak nasi lagi, tutupkan dengan seaweed, sedikit air, sapu dan lekatkan pada bahagian yang nampak nasi.

Sushi Tamago (egg):
Kepal2 nasi guna tapak tangan sampai bentuk 4segi. Letak crab filament diatas dan balut dengan telur dadar ataupun seaweed.




Thursday, February 14, 2013

Iphone yang ohsemnesss

Hot Cold Puck Charge

Assalamualaikum..
Aku jeles! aku jeles! bila la nak merase pegang iphone5 ni. Bukan setakat phone je walaweh tapi case, charger sume walawehhhhhhhhhh. Surat khabar ade keluar gambar di atas, korang nak tau x ape benda tu? Itulah tempat charge yang terlatest dan tergempak in the world skrg ni. Jimat elektrik, xpayah ko nak susah2 nak cari plug kannn. Tengah lepak2 pun bleh caj, yela ko tengah minum air ke kopi ke mesti tangan tu dok belek2 hp kan?so tengah2 main game ke, msj ke tetibe beteri kong. Bawak je kua 'hot cold puck' ohsem kan?:)

Hindari telingamu dari radiasi
Kita senang diserang radiasi semasa bercakap dengan handphone, betul.. ini bukan rekaan. Lagi2 bila kita bergayut dengan pakwe sampai berjam2, kjap telinga kiri kjap lagi tinge kanan. Kredit abes, telinge panas pastu dapat radiasi pulak.ish3 Tapi jangan risau, dengan old phone Iphone korang tak kena lagi radiasi. Ohsem kan? :) kenapa hp lain takde macam ni???huwaaaa

Snap pic with Insta effect (Holga SLFT)

Bagi pencinta Insta-ing dah ade effect2 mcm insta, kaler2 lame sgt cool. Benda ni dipanggil Holga SLFT, ade 9 effec len&filter yang sangat smart doe! Just twist2 nak macam mane. Arghh tension aku tengok, jeles sangat2.

Unique cases





DIY cases


Sunday, February 10, 2013

Fancy cookies deco: Hello Kitty


By Suzy

Step 1
Lukis bahagian tengah reben Hello Kitty dengan aising merah

Step 2
Setelah bahagian tengah kering selama 10min, tambah kiri dan kanan reben

Step 3
Selepas 20min, penuhkan bahagian muka Hello Kitty dengan aising putih

Step 4
Selepas 20min, tambah mata dan hidung Hello Kitty

Step 5
Tambah misai dengan aising hitam


Tadaaaaa!


Friday, February 8, 2013

Recipe: Meatball ala IKEA


Meatball Ala IKEA 

250-300gm Daging Cincang 
2 ulas Bawang putih
Sebiji bawang besar dicincang sgt halus
Bread crumb ¾ cwn + susu segar (rendam sampai kembang)
1/3 cawan tepung gandum 
2 biji telur di pukul
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
1 sudu kecil allspice
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar, bread crumb, lada hitam dan lada sulah, tepung gandum, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. Sedia untuk bulatkan meatball. 
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun boleh.

Untuk sos hollandaise mushroom :

1 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1/2 tomato besar di potong dadu
cendawan butang dihiris nipis
1 1/2 cawan air sejuk *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*

Cara-caranya: 
1. Tumis bawang besar dengan sedikit minyak api yang kecil.
2. Masukkan tomato, tumis sehingga layu.
3. Masuk cendawan butang dan gaul separuh masak dan sehingga sebati. Ketepikan. 
4. Cairkan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
5. Kemudian, masukkan bahan tumis tadi *bawang,tomato & cendawan.
6. Masukkan semua bahan2 yang bertanda *, kacau sebati hingga mendidih.

Untuk sayuran:
Carrot
Brokoli
Dikukus beberapa minit sahaja dan apabila angkat terus rendam seketika dalam air ais.
Tujuannya untuk kerangupan dan kekalkan warna sayuran tersebut. 
Cubitkan sedikit garam untuk rasa.


 :)



Thursday, February 7, 2013

Just be creative: Fancy Cookies recipe


Recipe by Sara O'donnel

Bahan-bahan:
Mentega 3/4 cawan (1 1/2 batang)
3/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 sudu kecil vanila
1 biji telur besar
2 cawan tepung serbaguna

Aising / Glaze untuk sedozen gula icing:
1/2 cawan gula aising
1 sudu besar jus lemon (ditambah beberapa titik jika diperlukan untuk konsisten)
2 biji putih telur
beberapa titis pewarna

Dekorasi / Peralatan Lain-lain:
sprinkles
coklat cair
penekap acuan cookie (pelbagai bentuk)
pengguli doh

doh biskut:

Dalam pengadun elektrik, masukkan krim mentega dan tambah gula dan garam. Kemudian tambah vanilla dan telur. Tambah tepung dan gaul. Doh akan menjadi melekit seperti play doh. Gaul doh sehingga sebati. Tutup dan rehatkan doh untuk 1/2 jam dalam freeze atau 1 jam di dalam fridge.

Cara membuat biskut:

Tebar tepung menggunakan pengguli. Jika tepung kurang, doh biskut anda lebih halus dan nipis. Letakkan doh di atas papan, tebarkan doh 1/4inci tebal. Potong doh mengikut bentuk acuan tekap. Letakkan cookie pada dulang pembakar.

NOTA: Jika menggunakan gula berwarna, taburkan dengan gula sebelum dibakar. Bakar dalam ketuhar bersuhu 325 (f) selama 13 minit. Cookies akan sedikit keemasan di bahagian bawah. Sejukkan sebelum meletak royal aising.

Cara membuat royal icing:
  • Campurkan putih telur dan jus lemon. kemudian masukkan gula aising dalam 2 sudu. pukul guna mixer.
  • Kalau nak kepekatan tinggi, utk pipe bunga2 guna piping, masukkan gula aising sikit demi sikit, sampai peringkat stiff peaks (meringue).
  • Kalau nak yang cair sikit hanya utk sapu atas cookies, tambahkan air setitik demi setitik sambil kacau, hingga dapat kepekatan yang diinginkan. 
  • Royal icing mengikut kuantiti gula, ikut keinginan nak kepekatan macam mana, dan kepekatan tu bergantung pada macam mana kita nak decorate cookies tu. 
  • Kalau setakat sapu, sepatutnya kena cair. kalau nak pipe macam orang pipe buttercream tu, kena pekat. Royal icing cepat mengeras, so tutup dengan kain lembab.

Style 1:


Style 2:


BR1M 2.0 alhamdulillah :)

Assalamualaikum
Btw nak gitaw korang yang BR1M 2.0 untuk orang bujang dah dapat. yay! dapat la merase rm250.ngee Aku taw pun melalui pos. Sebagai pengangur yang berjaya seperti aku mestila hepy. Sape nak bagi beb rm250 camtu kan, orang da bagi kene amek, rezeki jangan ditolak ;p 

BR1M 2.0 rm250

Alhamdulillah diluluskan :)

Sape2 yang tak dapat lagi harap bersabar ye, benda ni diberi secara berperingkat. Sila hubungi talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013
9pagi-5petang.

Wednesday, February 6, 2013

Jom potong kuku?


#Seeloknya dimulakan dengan Bismillah dan selawat



sunnah




Assalamualaikum
Ni aku nak share amalan yang buat kita hilang ingatan tapi kita tak perasan. Sebab aku sayang korang sume, so aku nak share dari emel yang aku dapat. Sape2 yang nak share disilakan :)

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda 

·         Kurangkan makan bawang besar
·         Kurangkan makan berempah
·         Kurangkan makan ketumbar kering
·         Kurangkan menonton hiburan
·         Kurangkan membaca majalah hiburan
·         Kurangkan ketawa terbahak-bahak
·         Kurangkan minuman air batu, air tin(100 plus dan lain2)
·         Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
·         Jangan makan kepala ikan
·         Jangan minum air yang ada semut
·         Jangan tidur selepas subuh
·         Jangan tidur selepas asar
·         Jangan tidur selepas makan
·         Jangan makan terlalu kenyang 
·         Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam 
·         Jangan menyapu rumah pada waktu malam 
·         Jangan makan yang masam-masam berlebihan
·         Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan 
·         Jangan minum susu selepas makan daging/ayam 

·         Jangan ego 
·         Jangan dengki pada orang lain
·         Jangan makan dari sumber yang tidak halal
·         Jangan makan makanan yang ada pewarna
·         Jangan makan makanan yang ada pengawet
·         Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
·         Jangan mandi selepas 9.00malam



Perkara-perkara yang perlu diamalkan 

·         Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
·         Selalu makan makanan yang panas2
·         Selalu makan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
·         Selalu minum air masak
·         Selalu makan ulam2
·         Selalu mengamalkan pandangan hijau 
·         Selalu bersenam 
·         Selalu menggunakan imaginasi otak 
·         Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
·         Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.

Sunnah Rasulullah ketika sikat rambut

*Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.
*Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.
*Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.
Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.


      *selamat beramal*


Saturday, February 2, 2013

Manga Collection

Assalamualaikum
Korang peminat tegar manga or komik? Peminat magazine mangga bolayan okeh.hahaha Sape2 yang peminat setia manga mesti dalam almari penuh ngan komik kan?same la macam aku. Kadang2 mak aku sibuk suruh buang, padahal tak ganggu pun -_-'' Minat mengumpul ni start mase sekolah menengah. Biasela ikut jejak kakak, mula2 majalah Gempak, Utopia, KLIK pastu dah ade komik gempak cam novel tuh rm6.90, rm7.90 benanah poket. Duit belanja disimpan, kadang2 tak makan pun semata2 nak beli komik.duhh Satu je aku pantang, pinjam pastu tak greti2 nak pulang balik, sedap buat harta sendiri. Geram giler dapat membe perangai sebegini. Jum usha komik yang dah terkumpul wee~ :)


LAWAK KAMPUS 


 KOMIK SERAM 18+


 ACTION 


 HORROR


 LOVE STORY


 SEMPAT REMPAT PESTA BUKU 2012


 HARRY POTTER COLLECTION


 SITI ROSMIZAH NOVELs


#Silalah jeles ;p