Assalamualaikum..
Tadi lepas breakfast kat Subway, tetibe plan nak wat spagetti bolognese, tu la trus gi cari barang dapur kat tesco. Ni lah antara barang2 yang diperlukan
Bahan kuah: 20g bawang putih dicincang
30g bawang besar dipotong dadu
100ml minyak zaitun
250g daging lembu cincang
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 batang carrot dipotong panjang
1 botol PREGO spagetti
1/2 tin cendawan butang dipotong nipis
2sudu besar sos tomato puri
1/2 bungkus meatball
garam secukup rasa
parmesan cheese parut ikut citarasa
Bahan pasta: 1 bungkus pasta spagetti direbus
2 sudu besar butter
tumis bawang putih dan besar |
masukkan daging cincang kemudian reneh dengan api sederhana |
masukkan tomato dan carrot |
selepas carrot sudah lembut masukkan cendawan butang |
Selepas itu masukkan PREGO dan tomato puri |
masukkann sedikit air dan garam |
bila sudah mendidih, masukkan parmesan kemudian tutup api |
rebus meatball |
meatball masak bila sudah terapung |
sementara itu rebus spagetti |
sambil itu boleh cairkan butter 2 in 1 |
spagetti sudah siap |
gaul butter sehingga sebati |
Sedia dihidang :) |
Try la, sangat senang dan sedap.
No comments:
Post a Comment