Saturday, January 26, 2013

Resepi: Classic Cheesecake



Assalamualaikum
Wassup2! Mai try resepi baru, Classic Cheesecake. Kacang je! cehhh.. Aku ni memang fail bab bakar2 kek ni tapi alhamdulilah bila teknik dah betul, sumenye menjadi, yay! Kadang2 aku selalu marahkan oven sebab kek yang aku buat selalu bantat. Mula2 naik dengan gebunye lepas sejuk merendap tengah.sabar jelah. Bahan pun tak banyak sangat, macam basic buat kek, cuma tambah krim cheese dengan telur, tepung gune mase buat crust kek je. Tips: bila dia kata suhu 200c turunkan ke 110c selama 25min korang jangan nak pandai2 tambah suhu balik untuk cepat masak. Nanti jadi macam aku, terbakar lebih sikit atas. Aku engatkan tak masak lagi bahagian tengah, tepi cantik je kuning. Lepas aku naikkan suhu ke 200c untuk 5min, ya ampun tak jadi cheesecake macam kat kedai seret recipe.haha Sepatutnya mase dia bergegar biakan je, sejukkan untuk keraskan, barulah cantik kuningnye atas bawah. Tapi tetap sedap okeh, nasib baik mase potong dalam still kuning cantik. Korang nak try buat resepi ni lebih kreatif? cer Klik Sini :)




Bahan-bahan:
Bahagian kerak
1 cawan tepung gandum atau biskut yang dihancurkan
2 s/b gula
1/4 cawan unsalted butter, cairkan

Cheesecake
4 pack 250gm cream cheese, suhu bilik
1 1/4 cawan + 2 s/b gula
3 s/b tepung jagung
2 s/k vanilla extract
2 s/k kulit lemon disagat
3 biji telur grade A
1 kuning telur
1 1/2 cawan krim masam (not low-fat)
2 s/k lemon jus

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar kepada 350 F/175c.
  2. Untuk kerak, kacau serdak biskut yang dihancurkan dan campurkan gula dan mentega cair sehingga sekata dan gaul sehingga menjadi gumpalan.
  3. Tekan campuran tadi ke dalam bahagian bawah 9 inci springform pan. 
  4. Bakar selama 10 minit, kemudian biarkan sejuk.
  5. Berus sisi kuali dengan mentega cair sedikit.
  6. Untuk kek keju, tingkatkan suhu ketuhar kepada 400 F/200c. 
  7. Pukul keju krim sehingga ringan dan gebu. Tambah 1 ¼ cawan gula sedikit demi sedikit dan kikis sisi dan bawah mangkuk untuk tidak berketul.
  8. Masukkan tepung jagung, vanila dan lemon sagat.
  9. Masukkan telur satu demi satu pada kelajuan yang lebih rendah dan kikis tepi mangkuk selepas setiap tambahan bahan.
  10. Kemudian masukkan kuning telur, masih pada kelajuan yang rendah dan masukkan ¾ cawan krim masam pukul sehingga sebati.
  11. Bakar kek keju selama 10 minit pada 400 F/200c dan kurangkan suhu ketuhar kepada 225 F/110c dan bakar selama 25 minit lagi. 
  12. Matikan oven, dan tinggalkan kek keju selama sejam, buka sedikit pintu ketuhar untuk 30 minit. 
  13. Setelah cheesecake dibakar, sediakan lapisan krim masam.
  14. Kacau baki ¾ cawan krim masam dengan 2 sudu gula dan jus lemon. 
  15. Sapu di atas kek keju itu sebaik sahaja keluar dari oven. 
  16. Sejukkan cheesecake untuk disejukkan sepenuhnya pada suhu bilik.
  17. Berhati-hati semasa menggunakan spatula di sekeliling luar cheesecake untuk melonggarkan dari springform pan.
  18. Kemudian rehatkan cheesecakese sekurangnya 6 jam di dalam peti sejuk sebelum potong. 
  19. Lap pisau selepas potong cheesecake untuk dapat kesan cantik.
  20. Simpan cheesecake dalam peti ais dan tahan sehingga 4 hari.

CRUST



CHEESECAKE


SOUR CREAM TOPPING


Ready to eat!

Senang jer -..-
idung kembang bangga



Oven Temperature Conversions

Cooking InstructionsFahrenheitMetric: (Celsuis, Centigrade)Gas Mark
Very Hot4752459
Very Hot4502308
Hot4252207
Quick/Fairly Hot4002056
Moderately Hot3751905
Moderate/Medium3501754
Warm3251653
Slow/Low3001502
Very Slow/Very Low2751351
Very Slow/Very Low2501201/2
Very Slow/Very Cool2251101/4

No comments:

Post a Comment