Thursday, January 24, 2013

Resepi Lasagna ohsemmm

Assalamualaikum
Harini nak share resepi dengan kengkorang, Lasagna Ohsemmm walaupun banyak derhaka dengan original resepi.mihmih Tutup mate pun boleh buat lasagna *perghh kalau cakap taknak kalah* Agak senang la nak buat tapi yang menyedapkan sos lasagna tu sebenarnye. Jum siap pen dan kertas kite start memasak :))


Bahan-bahan:

500 gm daging cincang
1 kotak kepingan lasagna instant
150 g tomato puri
5 s/b sos cili
Cheddar/Mozzarella cheese (anggaran 100gm)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah
1 biji tomato
3-4 biji cendawan butang
Garam dan gula secukup rasa
Mentega
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara:
  1. Bawang besar dan bawang putih dicincang halus. 
  2. Lobak merah dan cendawan butang dihiris halus. 
  3. Tomato dipotong nipis atau dipotong dadu.
  4. Panaskan minyak zaitun untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
  6. Masukkan tomato puri dan sos tomato. Kacau rata.
  7. Masukkan lobak merah dan tomato. Jika perlu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
  9. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  10. Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
  11. Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
  12. Letak 1 lapisan nipis daging kisar di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan.
  13. Kemudian, letak 1 lapisan cendawan butang.
  14. Letak kepingan lasagna yang lain.
  15. Ulang langkah 10 dan 12 sehingga membentuk beberapa lapisan. Boleh juga kalau nak letak cheddar/mozzarella cheese di atas lapisan cendawan.
  16. Pastikan lapisan paling atas ialah daging cincang tersebut. Kemudian letak satu lapisan cheddar/mozzarella cheese.
  17. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit. Sedia dihidang.





No comments:

Post a Comment