Thursday, February 7, 2013

Just be creative: Fancy Cookies recipe


Recipe by Sara O'donnel

Bahan-bahan:
Mentega 3/4 cawan (1 1/2 batang)
3/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 sudu kecil vanila
1 biji telur besar
2 cawan tepung serbaguna

Aising / Glaze untuk sedozen gula icing:
1/2 cawan gula aising
1 sudu besar jus lemon (ditambah beberapa titik jika diperlukan untuk konsisten)
2 biji putih telur
beberapa titis pewarna

Dekorasi / Peralatan Lain-lain:
sprinkles
coklat cair
penekap acuan cookie (pelbagai bentuk)
pengguli doh

doh biskut:

Dalam pengadun elektrik, masukkan krim mentega dan tambah gula dan garam. Kemudian tambah vanilla dan telur. Tambah tepung dan gaul. Doh akan menjadi melekit seperti play doh. Gaul doh sehingga sebati. Tutup dan rehatkan doh untuk 1/2 jam dalam freeze atau 1 jam di dalam fridge.

Cara membuat biskut:

Tebar tepung menggunakan pengguli. Jika tepung kurang, doh biskut anda lebih halus dan nipis. Letakkan doh di atas papan, tebarkan doh 1/4inci tebal. Potong doh mengikut bentuk acuan tekap. Letakkan cookie pada dulang pembakar.

NOTA: Jika menggunakan gula berwarna, taburkan dengan gula sebelum dibakar. Bakar dalam ketuhar bersuhu 325 (f) selama 13 minit. Cookies akan sedikit keemasan di bahagian bawah. Sejukkan sebelum meletak royal aising.

Cara membuat royal icing:
  • Campurkan putih telur dan jus lemon. kemudian masukkan gula aising dalam 2 sudu. pukul guna mixer.
  • Kalau nak kepekatan tinggi, utk pipe bunga2 guna piping, masukkan gula aising sikit demi sikit, sampai peringkat stiff peaks (meringue).
  • Kalau nak yang cair sikit hanya utk sapu atas cookies, tambahkan air setitik demi setitik sambil kacau, hingga dapat kepekatan yang diinginkan. 
  • Royal icing mengikut kuantiti gula, ikut keinginan nak kepekatan macam mana, dan kepekatan tu bergantung pada macam mana kita nak decorate cookies tu. 
  • Kalau setakat sapu, sepatutnya kena cair. kalau nak pipe macam orang pipe buttercream tu, kena pekat. Royal icing cepat mengeras, so tutup dengan kain lembab.

Style 1:


Style 2:


BR1M 2.0 alhamdulillah :)

Assalamualaikum
Btw nak gitaw korang yang BR1M 2.0 untuk orang bujang dah dapat. yay! dapat la merase rm250.ngee Aku taw pun melalui pos. Sebagai pengangur yang berjaya seperti aku mestila hepy. Sape nak bagi beb rm250 camtu kan, orang da bagi kene amek, rezeki jangan ditolak ;p 

BR1M 2.0 rm250

Alhamdulillah diluluskan :)

Sape2 yang tak dapat lagi harap bersabar ye, benda ni diberi secara berperingkat. Sila hubungi talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013
9pagi-5petang.

Wednesday, February 6, 2013

Jom potong kuku?


#Seeloknya dimulakan dengan Bismillah dan selawat



sunnah




Assalamualaikum
Ni aku nak share amalan yang buat kita hilang ingatan tapi kita tak perasan. Sebab aku sayang korang sume, so aku nak share dari emel yang aku dapat. Sape2 yang nak share disilakan :)

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda 

·         Kurangkan makan bawang besar
·         Kurangkan makan berempah
·         Kurangkan makan ketumbar kering
·         Kurangkan menonton hiburan
·         Kurangkan membaca majalah hiburan
·         Kurangkan ketawa terbahak-bahak
·         Kurangkan minuman air batu, air tin(100 plus dan lain2)
·         Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
·         Jangan makan kepala ikan
·         Jangan minum air yang ada semut
·         Jangan tidur selepas subuh
·         Jangan tidur selepas asar
·         Jangan tidur selepas makan
·         Jangan makan terlalu kenyang 
·         Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam 
·         Jangan menyapu rumah pada waktu malam 
·         Jangan makan yang masam-masam berlebihan
·         Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan 
·         Jangan minum susu selepas makan daging/ayam 

·         Jangan ego 
·         Jangan dengki pada orang lain
·         Jangan makan dari sumber yang tidak halal
·         Jangan makan makanan yang ada pewarna
·         Jangan makan makanan yang ada pengawet
·         Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
·         Jangan mandi selepas 9.00malam



Perkara-perkara yang perlu diamalkan 

·         Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
·         Selalu makan makanan yang panas2
·         Selalu makan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
·         Selalu minum air masak
·         Selalu makan ulam2
·         Selalu mengamalkan pandangan hijau 
·         Selalu bersenam 
·         Selalu menggunakan imaginasi otak 
·         Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
·         Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.

Sunnah Rasulullah ketika sikat rambut

*Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.
*Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.
*Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.
Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.


      *selamat beramal*


Saturday, February 2, 2013

Manga Collection

Assalamualaikum
Korang peminat tegar manga or komik? Peminat magazine mangga bolayan okeh.hahaha Sape2 yang peminat setia manga mesti dalam almari penuh ngan komik kan?same la macam aku. Kadang2 mak aku sibuk suruh buang, padahal tak ganggu pun -_-'' Minat mengumpul ni start mase sekolah menengah. Biasela ikut jejak kakak, mula2 majalah Gempak, Utopia, KLIK pastu dah ade komik gempak cam novel tuh rm6.90, rm7.90 benanah poket. Duit belanja disimpan, kadang2 tak makan pun semata2 nak beli komik.duhh Satu je aku pantang, pinjam pastu tak greti2 nak pulang balik, sedap buat harta sendiri. Geram giler dapat membe perangai sebegini. Jum usha komik yang dah terkumpul wee~ :)


LAWAK KAMPUS 


 KOMIK SERAM 18+


 ACTION 


 HORROR


 LOVE STORY


 SEMPAT REMPAT PESTA BUKU 2012


 HARRY POTTER COLLECTION


 SITI ROSMIZAH NOVELs


#Silalah jeles ;p

Monday, January 28, 2013

Cheesecake pop! for party



Assalamualaikum
Cheesecake pop today! Meh try buat, senang je. Cheesecake tu beli je yang da siap or sape2 yang rajin tu boleh buat sendiri cheesecake. Nak buat cakepop gune 1/4 dari kek sebab kita akan blend sampai hancur. Resepi?klik classic cheesecake tapi kalau malas boleh je beli kek yang dah siap. Ni 1st time aku buat cakepop sebab rupanye sangat comel, budak2 pun suke dan sesuai untuk birthday party or letak dekat candy buffet, mesti licin.heh Tip: adunan jangan tambah ape2 untuk cairkannye, nanti susah dibentuk macam aku punye.haha Suke suki tambah susu sikit kan dah lembik. Kalau boleh kepal2 dulu pakai tangan untuk dapat shape bulat yang baik :)




Bahan-bahan:
1/3 cheesecake yang sudah siap
24 lolipop stick/bamboo stick
3 auns coklat gelap, cairkan
3 auns coklat putih, cairkan
hiasan: gula berwarna, habuk mutiara, sprinkles

Cara-cara:
  1. Perlahan-lahan kacau kek keju yang dah siap dengan pengadun.
  2. Kemudian kacau dengan spatula untuk mengikis tepi pengadun.
  3. Bila kerak telah bercampur dengan cheesecake, gunakan sudu ais krim kecil untuk mencedok bola 1-inci cheesecake untuk membentuk bulat lebih tepat pada atas kertas dulang pembakar.
  4. Masukkan lolipop stick ke dalam kek keju pada tempat kertas yang dibarisi dulang pembakar.
  5. Jika campuran kek keju kelihatan terlalu lembut, anda boleh bekukan selama 30 minit sebelum membentuk dan memasukkan lolipop stick. 
  6. Bekukan cheesecake pop selama sejam.
  7. Sementara sejuk, cairkan coklat untuk disalut pada cheesecake pop.
  8. Keluarkan cheesecake pop kemudian celup dalam coklat.
  9. Untuk mencantikkan lagi, setelah cheesecake pop dicelup, dihiasi dengan gula berwarna, habuk mutiara dan sprinkles. 
  10. cucukkan di dalam pasu dan sedia dihidang!



Saturday, January 26, 2013

Resepi: Classic Cheesecake



Assalamualaikum
Wassup2! Mai try resepi baru, Classic Cheesecake. Kacang je! cehhh.. Aku ni memang fail bab bakar2 kek ni tapi alhamdulilah bila teknik dah betul, sumenye menjadi, yay! Kadang2 aku selalu marahkan oven sebab kek yang aku buat selalu bantat. Mula2 naik dengan gebunye lepas sejuk merendap tengah.sabar jelah. Bahan pun tak banyak sangat, macam basic buat kek, cuma tambah krim cheese dengan telur, tepung gune mase buat crust kek je. Tips: bila dia kata suhu 200c turunkan ke 110c selama 25min korang jangan nak pandai2 tambah suhu balik untuk cepat masak. Nanti jadi macam aku, terbakar lebih sikit atas. Aku engatkan tak masak lagi bahagian tengah, tepi cantik je kuning. Lepas aku naikkan suhu ke 200c untuk 5min, ya ampun tak jadi cheesecake macam kat kedai seret recipe.haha Sepatutnya mase dia bergegar biakan je, sejukkan untuk keraskan, barulah cantik kuningnye atas bawah. Tapi tetap sedap okeh, nasib baik mase potong dalam still kuning cantik. Korang nak try buat resepi ni lebih kreatif? cer Klik Sini :)




Bahan-bahan:
Bahagian kerak
1 cawan tepung gandum atau biskut yang dihancurkan
2 s/b gula
1/4 cawan unsalted butter, cairkan

Cheesecake
4 pack 250gm cream cheese, suhu bilik
1 1/4 cawan + 2 s/b gula
3 s/b tepung jagung
2 s/k vanilla extract
2 s/k kulit lemon disagat
3 biji telur grade A
1 kuning telur
1 1/2 cawan krim masam (not low-fat)
2 s/k lemon jus

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar kepada 350 F/175c.
  2. Untuk kerak, kacau serdak biskut yang dihancurkan dan campurkan gula dan mentega cair sehingga sekata dan gaul sehingga menjadi gumpalan.
  3. Tekan campuran tadi ke dalam bahagian bawah 9 inci springform pan. 
  4. Bakar selama 10 minit, kemudian biarkan sejuk.
  5. Berus sisi kuali dengan mentega cair sedikit.
  6. Untuk kek keju, tingkatkan suhu ketuhar kepada 400 F/200c. 
  7. Pukul keju krim sehingga ringan dan gebu. Tambah 1 ¼ cawan gula sedikit demi sedikit dan kikis sisi dan bawah mangkuk untuk tidak berketul.
  8. Masukkan tepung jagung, vanila dan lemon sagat.
  9. Masukkan telur satu demi satu pada kelajuan yang lebih rendah dan kikis tepi mangkuk selepas setiap tambahan bahan.
  10. Kemudian masukkan kuning telur, masih pada kelajuan yang rendah dan masukkan ¾ cawan krim masam pukul sehingga sebati.
  11. Bakar kek keju selama 10 minit pada 400 F/200c dan kurangkan suhu ketuhar kepada 225 F/110c dan bakar selama 25 minit lagi. 
  12. Matikan oven, dan tinggalkan kek keju selama sejam, buka sedikit pintu ketuhar untuk 30 minit. 
  13. Setelah cheesecake dibakar, sediakan lapisan krim masam.
  14. Kacau baki ¾ cawan krim masam dengan 2 sudu gula dan jus lemon. 
  15. Sapu di atas kek keju itu sebaik sahaja keluar dari oven. 
  16. Sejukkan cheesecake untuk disejukkan sepenuhnya pada suhu bilik.
  17. Berhati-hati semasa menggunakan spatula di sekeliling luar cheesecake untuk melonggarkan dari springform pan.
  18. Kemudian rehatkan cheesecakese sekurangnya 6 jam di dalam peti sejuk sebelum potong. 
  19. Lap pisau selepas potong cheesecake untuk dapat kesan cantik.
  20. Simpan cheesecake dalam peti ais dan tahan sehingga 4 hari.

CRUST



CHEESECAKE


SOUR CREAM TOPPING


Ready to eat!

Senang jer -..-
idung kembang bangga



Oven Temperature Conversions

Cooking InstructionsFahrenheitMetric: (Celsuis, Centigrade)Gas Mark
Very Hot4752459
Very Hot4502308
Hot4252207
Quick/Fairly Hot4002056
Moderately Hot3751905
Moderate/Medium3501754
Warm3251653
Slow/Low3001502
Very Slow/Very Low2751351
Very Slow/Very Low2501201/2
Very Slow/Very Cool2251101/4